Tajuk buku : Membentuk Identiti Remaja
Pengarang : Azizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif
ISBN : 983-192-759-1
Bar code : 9-799831-927594
Harga : Semenanjung RM27.00 Sabah/Sarawak RM30.00
Sinopsis
Buku Membentuk Identiti Remaja membincangkan berkenaan pembentukan diri remaja khasnya remaja yang masih di bangku sekolah. Beberapa teori pembentuk diri remaja dipaparkan di dalam buku ini dan teori ini dapat membantu pembaca membentuk konsep kendiri remaja yang positif. Di samping itu, buku ini juga mengemukakan beberapa teori perkembangan kendiri dalam konsep mengenal diri seseorang khasnya remaja. Konsep ini dapat membuka minda pembaca bagi memahami keperluan anak-anak daripada aspek sosialisasi. Ini penting kerana remaja dapat berinteraksi dan bertukar pendapat. Ia juga menggalakkan kerjasama dalam kumpulan.
Terdapat juga bab yang membicarakan berkenaan kesedaran kendiri yang dapat diguna pakai dalam pembentukan imej dan harga diri remaja. Terdapat langkah-langkah memantapkan kesedaran kendiri yang dapat diaplikasikan dalam keluarga mereka khasnya kepada anak-anak remaja. Terdapat juga bahagian yang membincangkan cara membuat perubahan di kalangan remaja kerana remaja mudah terdedah pada unsur-unsur negatif. Pengetahuan ini memudahkan ibu bapa memahami kehendak dan akhirnya dapat mengurangkan konflik mereka dengan remaja. Di sini juga dipaparkan kaedah-kaedah yang dapat digunakan oleh ibu bapa dan guru dalam membentuk konsep kendiri remaja khasnya pelajar dan apa yang perlu ibu bapa dan guru lakukan bagi memastikan remaja mendengar kata-kata mereka. Di sini, peranan yang boleh dimainkan oleh orang-orang signifikan yang terdiri daripada orang yang paling hampir dengan remaja turut dibincangkan.
Dalam bab pembangunan diri remaja, terdapat elemen motivasi yang dapat dimanfaatkan oleh pembaca bagi menggalakkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Beberapa kaedah turut dinyatakan bagi membantu pembaca mengaplikasikan teori motivasi bagi tujuan pembangunan diri. Buku ini sesuai dibaca oleh pelajar-pelajar universiti yang mengambil ijazah pendidikan, ibu bapa, guru-guru khasnya guru bimbingan kaunseling dan orang perseorangan yang berminat serta mereka yang terlibat dengan mengurus remaja.
Kandungan
Prakata
Bab 1 Memahami Konsep Kendiri
Bab 2 Teori-teori Perkembangan Kendiri
Bab 3 Meningkatkan Kesedaran Diri
Bab 4 Konsep Kendiri dan Remaja
Bab 5 Teori Tabiat Manusia
Bab 6 Pengaruh dalam Pembentukan Kendiri
Bab 7 Faktor Pembentukan Kanak-kanak
Bab 8 Peranan Guru
Bab 9 Konsep Kendiri dan Motivasi
Bab 10 Peranan Ibu Bapa
Bab 11 Konflik Kendiri dan Konflik Interpersonal
Bab 12 Jantina dan Pencapaian Akademik
Bab 13 Kajian dalam Konsep Kendiri
Bab 14 Teori Motivasi dan Pembangunan Kendiri
Bab 15 Rujukan
No comments:
Post a Comment