Tuesday, May 24, 2011

BELAJARLAH DARI ALAM

  • Belajarlah Dari Matahari

Adil menebar cahaya dan memberikan kehangatan kepada semua, baik yang terawang-awang di angkasa mahupun yang bertebaran di atas bumi, kepada yang miskin mahupun yang kaya, yang mulia hatinya juga buat si kejam….kepada semua makhluk ciptaan ilahi.


  • Belajarlah Dari Bunga

Sentiasa tersenyum menyebarkan harumannya, menghadiahkan kecantikan untuk mengubati hati yang gundah, juga menggembirakan setiap mata yang memandang.


  • Belajarlah Dari Lebah

Sentiasa berganding bahu, bekerja dengan hati yang riang dan semangat yang membara.


  • Belajarlah Dari Pokok

menghadiahkan buah yang manis dan segar sambil menundukkkan dahannya.


  • Belajarlah Dari Bulan

Tenang memancarkan cahayanya yang kemilau dan indah buat menyuluh malam yang gelap.


  • Belajarlah Dari Sungai

Tabah bergerak menuju ke destinasi dengan meredah apa saja halangan sampai ke muaranya, airnya lembut dan tenang tapi tiada suatu pun mampu menghalang kemaraannya.


  • Belajarlah Dari Daun Yang Luruh

Sabar ketika menghadapi kesukaran, sentiasa tersenyum menunggu hari yang baik dan sesuai untuk tumbuh kembali.


  • Belajarlah Dari Hujan

Kehadirannya dinanti-nantikan buat menyejuk alam yang hangat, membasahi kekeringan, menghijaukan tanah yang gersang dan memberi nyawa kepada tumbuh-tumbuhan.


  • Lihatlah ke dalam diri. Pelajari sifat-sifat alam yang dicipta Oleh Allah yang agung.Ya belajarlah dari alam kerana kita juga sebahagian darinya.

Monday, May 23, 2011

Apabila Kau ingin Berteman...

Renungan bersama anak-anak didikku....


Apabila kau ingin berteman..

Janganlah kerana kelebihannya,

Kerana mungkin dengan satu kelemahan,

Kau mungkin akan menjauhinya....


Andai kau ingin berteman..

Janganlah kerana kebaikannya,

Kerana mungkin dengan satu keburukan,

Kau akan membencinya....


Andai kau inginkan sahabat yang satu..

Janganlah kerana ilmunya,

Kerana apabila dia buntu,

Kau mungkin akan memfitnahnya....


Andai kau inginkan seorang teman..

Janganlah kerana sifat cerianya,

Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,

Kau mungkin akan menyalahkannya....


Andai kau ingin bersahabat..

Terimalah dia seadanya,

Kerana dia seorang sahabat,

Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,

Kerana kau juga tidak sempurna,

Tiada siapa yang sempurna...

Tapi bersahabatlah kerana Allah..

Thursday, May 19, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan

Assalamu'alaikum anak-anak didikku yang dikasihi...

Selamat menghadapi peperiksaan...Semoga usaha yang dilakukan menghasilkan keberkatan yang berpanjangan....aamien...